Tuesday, 22 October 2013

Persoalan Mengenai Hubungan Mesra

1 - Berapa lama bagi kita membina hubungan mesra ?
      Kadangkala dalam beberapa saat dan kadangkala sehingga bertahun tahun

2 - Berapa lama bagi mengekalkannya ?
      Apabila dijaga dan dipelihara dengan bai, ia akan kekal selamanya

3 - Berapa lama bagi memutuskannya ?
     Hanya beberapa saad

4 - Berapa lama bagi membaikinya ?
     Kadangkala langsung tidak dapat diperbaiki.


Firdaus - MM

Monday, 7 October 2013

Antara Rezeki dan Usaha

Selalu kita dengar orang kata, "Memang betul rezeki dari Allah, tapi kita kena usaha".

Kita juga selalu dengar orang orang kata: "Betulla kita kena usaha, tapi rezeki dari Allah"

Apa yang kita faham dari dua-dua ayat ini. 

Apa bezanya  dan yang mana satu betul ?

Persoalannya bukan untuk memilih betul atau salah. Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percaya.

Ada orang yang memang percaya rezeki dari Allah. Tapi melihat caranya berusaha, Allah diletakkan No 2. Senang cerita apabila bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat pilihan, maka Allah diletakkan No 2.

Ambil contoh : 
Apabila kita sedang asyik dengan sesuatu perkara atau kerja sedangkan waktu solat dah tiba, maka kita kata dalam hati kita "kejap lagi aku solat, sikit aje lagi ini nak siap". Jadi solat kita kemudiannya, akhirnya solat dihujung waktu. Inilah kita yang berpegang pada ayat yang pertama. Pada kita usaha adalah No 1. Perintah Allah dah jatuh No 2. "Memang betul rezeki dari Allah, tapi kita kena usaha".

Allah menyatakan dengan jelas melalui firman-Nya di dalam al-Quran bermaksud :

Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, di bumi, diantara keduanya dan yang di bawah tanah (Thaha 20:6)

Allah juga sudah menyatakan tentang jaminan-Nya iaitu :
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya. (Ali 'Imran 3:37)



Thursday, 3 October 2013

BERJAYA VS GAGAL

AMAL dan IKLAS

Adakah kita yang BERJAYA atau GAGAL dalam memanfaatkan ILMU yang kita pelajari.


FirdausMahmod - MM

Wednesday, 2 October 2013

Di Mana Letaknya Kebahagian :

Di Mana Letaknya Kebahagian :
Ahli Korporat VS Nelayan

Pada suatu hari, seorang ahli korporat menaiki kereta melalui satu perkampungan nelaya. sambil memandu secara pelahan, dia memerhatikan suasana luar. Terlihat olehnya seorang nelayan pulang dengan membawa beberapa ekor ikan, diiringi oleh anak-anak dan isterinya. Nelayan dan isterinya bercakap2 sementara anak2nya berlari2 di hadapan dan di belakang mereka. Kadangkala nelayan dan isterinya tergelak melihat perangai anak mereka. Sambil memerhatikan gelagat nelayan tersebut, ahli korporat ini bercakap kepada isterinya di sebelah : "Cuba lihat itu, alangkah bahagia kehidupan mereka."

Manakala si nelayan ini pula sambil berjalan, secara tidak sengaja berpaling ke kanan dan terlihat olehnya kereta Mercedes yang dipandu oleh ahli korporat sebentar tadi, lalu dibisikkannya ke telinga isterinya, "Cuba lihat orang dalam kereta besar itu, alangkah bahagianya dia."

Satu peristiwa yang cukup menarik. Ahli korporat menyatakan bahawa si nelayan itu bahagia, manakala si nelayan pula menyatakan ahli korporat yang bahagia. Persoalannya sekarang, dimana letaknya kenahagian? Inilah permata yang hilang yang dicari2 oleh mereka




Credited to Dr Mohd Shafie Md Amin 2013

Tuesday, 1 October 2013

Yakin Pada Allah VS Kurang Yakin Pada Allah

Yakin Pada Allah VS Kurang Yakin Pada Allah

Manusia yang gagal adalah manusia yag bergantung kepada usaha kemahiran atau kepandaian mereka semata-mata

Orang tanya pada saya, " Bagai mana mahu jadi jutawan dan menjadi insan yang kaya dan berjaya"
Saya kata "Minta pada Allah"
Dia tanya lagi "Memang la tapi secara teori dan praktikalnya macam mana, kita nak kena usaha juga. Tak kan mahu minta daripada Allah sahaja"

Saya menjawab "Manusia rasa mereka berjaya atau capai impian mereka kerana mereka berusaha bersungguh2 dan sebab usaha mereka lah mereka berjaya". Tidak dinafikan kita perlu berusaha bersunguh2 tapi kita kena ingat siapa yang Maha Pengasih / Maha Penyayang dan siapa pula yang Maha Memberi Rezeki"

Cuba kita kenang dalam kehidupan kita, kadang2 rezeki tu dah nak masuk dalam mulut kita tiba2 terlepas dan jatuh. lalu dimakan oleh kucing
Jadi makanan itu rezeki siapa dan adakah kucing tadi berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan makanan itu.

Kesimpilan nya - Kena selalu DOA dan minta pada Allah dan mudah2an Allah membuka jalan pada kita.

FirdausMahmod : MM

Monday, 30 September 2013

SOLAT VS MASA

SOLAT VS MASA

Petang tadi temankan tugasan Zaujah di UIA.
Lebih kurang jam 04.16petang, AZAN ASAR pun berkumandang.
Jadi saya pesan dengan Zaujah saya. "Abis aje Azan kita terus Solat Asar, tak payah berjemaah la sebab kita nak cepat"
Zaujah kata "Ikut abang la"
Abis aje Azan dan Zaujah terus solat asar. Kurang lebih pukul 04.30 petang kami selesai bersolat asar. Kalau ikut "WAZE" dalam pukul 05.30 petang akan sampai la rumah. Lebih kurang 1 jam perjalanan.

Saya pun start engine kereta dan teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Tapi itu perancangan saya namun semuanya serba tak kena. Patutnya saya masuk simpang yang pertama tapi terlepas masuk simpang kedua. Lepas tu terus lost ......... serba tak kena. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga jalan menghala ke rumah kami ...... Alih2 pukul 6.40petang baru sampai rumah .......

Sampai rumah Zaujah terus masuk rumah dan saya masih termenung dalam kereta. Macam2 persoalan dalam kepala ...
Pertama - Saya pakai GPS ... macam mana boleh sesat
Kedua - Ini bukan petama kali saya pergi UIA ... mana mungkin boleh terlepas simpang ....

Lepas Solat Maghrib, baru saya jumpa jawapannya

Rupanya, saya terlalu berkira dengan ALLAH, sampai nak SOLAT pun saya berkira2 dengan ALLAH. Saya terlupa siapa yang empunya MASA. Konon saya merancang untuk cepat, hingga saya lupa ALLAH juga ada perancangan yang MAHA SEMPURNA.

Subhanallah .....

Firdaus Mahmod- MM





Sunday, 29 September 2013

Siapakah Yang Terbaek atau Yang Maha Terbaek?

Siapakah Yang Terbaek atau Yang Maha Terbaek?

Ramai orang bercakap bercakap mengenai "Bagaimana menjadi manusia yang Pakar dan Manusia yang baik?"

Kita harus bertanya kepada diri kita, Siapakah yang Paling Pakar dan Maha Pakar atau Maha Baik ?
Pasti kita akan berkata Allah kerana dia yang Maha Kaya, Maha Hebat, Maha Pengasih, Maha Perkasa, Maha Pemurah dan Maha segala-galanya.

Ramai yang selalu mengeluh dan susah hati disebabkan kekurang DUIT, pening kepala dengan masa depan, risau disebabkan penyakit ....... Persoalannya, Siapakah yang mampu menyelesaiakan masalah-masalah ini?

Dan sebenarnya kita selalu terlupa, bahawa kita mempunyai Allah yang terlalu hampir dengan  kita. Dia yang Maha Mengetahui segala yang terbuku pada fikiran dan terpendam dalam hati kita. Dia Maha Hebat dan Maha Mengetahui semua jalan keluar dari masalah-masalah ini ......

Persoalanya ....??

Berapa kerapa kita mencari Alah dan berapa kerap kita berkomunikasi dengan Allah ...?

Pesan Guru saya..

Jangan hanya mencari Allah bila kita dah tersepit, dan lupa segala rezeki Allah semasa kita di puncak jaya.




Firdaus Mahmod - MM

Saturday, 28 September 2013

AURA ORANG KAYA DAN BERJAYA

Jika hendak terbang tinggi
Jangan berkawan dengan AYAM
Berkawanlah dengan HELANG
Bersama CEO kaki printing

Bersama founder Anis Choc Melt

Firdaus Mahmod- MM