Monday 30 September 2013

SOLAT VS MASA

SOLAT VS MASA

Petang tadi temankan tugasan Zaujah di UIA.
Lebih kurang jam 04.16petang, AZAN ASAR pun berkumandang.
Jadi saya pesan dengan Zaujah saya. "Abis aje Azan kita terus Solat Asar, tak payah berjemaah la sebab kita nak cepat"
Zaujah kata "Ikut abang la"
Abis aje Azan dan Zaujah terus solat asar. Kurang lebih pukul 04.30 petang kami selesai bersolat asar. Kalau ikut "WAZE" dalam pukul 05.30 petang akan sampai la rumah. Lebih kurang 1 jam perjalanan.

Saya pun start engine kereta dan teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Tapi itu perancangan saya namun semuanya serba tak kena. Patutnya saya masuk simpang yang pertama tapi terlepas masuk simpang kedua. Lepas tu terus lost ......... serba tak kena. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga jalan menghala ke rumah kami ...... Alih2 pukul 6.40petang baru sampai rumah .......

Sampai rumah Zaujah terus masuk rumah dan saya masih termenung dalam kereta. Macam2 persoalan dalam kepala ...
Pertama - Saya pakai GPS ... macam mana boleh sesat
Kedua - Ini bukan petama kali saya pergi UIA ... mana mungkin boleh terlepas simpang ....

Lepas Solat Maghrib, baru saya jumpa jawapannya

Rupanya, saya terlalu berkira dengan ALLAH, sampai nak SOLAT pun saya berkira2 dengan ALLAH. Saya terlupa siapa yang empunya MASA. Konon saya merancang untuk cepat, hingga saya lupa ALLAH juga ada perancangan yang MAHA SEMPURNA.

Subhanallah .....

Firdaus Mahmod- MM





Sunday 29 September 2013

Siapakah Yang Terbaek atau Yang Maha Terbaek?

Siapakah Yang Terbaek atau Yang Maha Terbaek?

Ramai orang bercakap bercakap mengenai "Bagaimana menjadi manusia yang Pakar dan Manusia yang baik?"

Kita harus bertanya kepada diri kita, Siapakah yang Paling Pakar dan Maha Pakar atau Maha Baik ?
Pasti kita akan berkata Allah kerana dia yang Maha Kaya, Maha Hebat, Maha Pengasih, Maha Perkasa, Maha Pemurah dan Maha segala-galanya.

Ramai yang selalu mengeluh dan susah hati disebabkan kekurang DUIT, pening kepala dengan masa depan, risau disebabkan penyakit ....... Persoalannya, Siapakah yang mampu menyelesaiakan masalah-masalah ini?

Dan sebenarnya kita selalu terlupa, bahawa kita mempunyai Allah yang terlalu hampir dengan  kita. Dia yang Maha Mengetahui segala yang terbuku pada fikiran dan terpendam dalam hati kita. Dia Maha Hebat dan Maha Mengetahui semua jalan keluar dari masalah-masalah ini ......

Persoalanya ....??

Berapa kerapa kita mencari Alah dan berapa kerap kita berkomunikasi dengan Allah ...?

Pesan Guru saya..

Jangan hanya mencari Allah bila kita dah tersepit, dan lupa segala rezeki Allah semasa kita di puncak jaya.




Firdaus Mahmod - MM

Saturday 28 September 2013

AURA ORANG KAYA DAN BERJAYA

Jika hendak terbang tinggi
Jangan berkawan dengan AYAM
Berkawanlah dengan HELANG
Bersama CEO kaki printing

Bersama founder Anis Choc Melt

Firdaus Mahmod- MM