Wednesday 2 October 2013

Di Mana Letaknya Kebahagian :

Di Mana Letaknya Kebahagian :
Ahli Korporat VS Nelayan

Pada suatu hari, seorang ahli korporat menaiki kereta melalui satu perkampungan nelaya. sambil memandu secara pelahan, dia memerhatikan suasana luar. Terlihat olehnya seorang nelayan pulang dengan membawa beberapa ekor ikan, diiringi oleh anak-anak dan isterinya. Nelayan dan isterinya bercakap2 sementara anak2nya berlari2 di hadapan dan di belakang mereka. Kadangkala nelayan dan isterinya tergelak melihat perangai anak mereka. Sambil memerhatikan gelagat nelayan tersebut, ahli korporat ini bercakap kepada isterinya di sebelah : "Cuba lihat itu, alangkah bahagia kehidupan mereka."

Manakala si nelayan ini pula sambil berjalan, secara tidak sengaja berpaling ke kanan dan terlihat olehnya kereta Mercedes yang dipandu oleh ahli korporat sebentar tadi, lalu dibisikkannya ke telinga isterinya, "Cuba lihat orang dalam kereta besar itu, alangkah bahagianya dia."

Satu peristiwa yang cukup menarik. Ahli korporat menyatakan bahawa si nelayan itu bahagia, manakala si nelayan pula menyatakan ahli korporat yang bahagia. Persoalannya sekarang, dimana letaknya kenahagian? Inilah permata yang hilang yang dicari2 oleh mereka




Credited to Dr Mohd Shafie Md Amin 2013

No comments:

Post a Comment