Monday, 7 October 2013

Antara Rezeki dan Usaha

Selalu kita dengar orang kata, "Memang betul rezeki dari Allah, tapi kita kena usaha".

Kita juga selalu dengar orang orang kata: "Betulla kita kena usaha, tapi rezeki dari Allah"

Apa yang kita faham dari dua-dua ayat ini. 

Apa bezanya  dan yang mana satu betul ?

Persoalannya bukan untuk memilih betul atau salah. Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percaya.

Ada orang yang memang percaya rezeki dari Allah. Tapi melihat caranya berusaha, Allah diletakkan No 2. Senang cerita apabila bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat pilihan, maka Allah diletakkan No 2.

Ambil contoh : 
Apabila kita sedang asyik dengan sesuatu perkara atau kerja sedangkan waktu solat dah tiba, maka kita kata dalam hati kita "kejap lagi aku solat, sikit aje lagi ini nak siap". Jadi solat kita kemudiannya, akhirnya solat dihujung waktu. Inilah kita yang berpegang pada ayat yang pertama. Pada kita usaha adalah No 1. Perintah Allah dah jatuh No 2. "Memang betul rezeki dari Allah, tapi kita kena usaha".

Allah menyatakan dengan jelas melalui firman-Nya di dalam al-Quran bermaksud :

Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, di bumi, diantara keduanya dan yang di bawah tanah (Thaha 20:6)

Allah juga sudah menyatakan tentang jaminan-Nya iaitu :
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya. (Ali 'Imran 3:37)



No comments:

Post a Comment